Waris warga emas dicari

Waris atau sesiapa yang mengenali wanita warga emas ini diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk menyalurkan maklumat.
Waris atau sesiapa yang mengenali wanita warga emas ini diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk menyalurkan maklumat.
A
A
A
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang sedang mencari waris kepada seorang wanita warga emas yang dikesan sedang berjalan seorang diri di kawasan parkir sebuah hotel di sini.

Dalam satu kenyataan, polis menerima aduan berhubung wanita dipercayai berbangsa Melayu itu dari pihak hotel berkenaan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, wanita terbabit dilihat berada di kawasan parkir hotel tersebut sejak 28 Jun lalu.

"Selepas menerima aduan, anggota dari Balai Polis Lebuh Pantai telah pergi ke hotel berkenaan.

"Hasil temubual dengan wanita warga emas yang berusia dalam lingkungan 65 hingga 70 tahun itu, dia gagal memberi sebarang keterangan berkenaan dirinya dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya," katanya pada Selasa.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mengenali wanita warga emas berkenaan tampil untuk menyalurkan maklumat.

"Sesiapa yang mengenali warga emas ini atau mengenali warisnya, diminta tampil di mana-mana balai polis untuk membantu kita mencari warisnya. Kerjasama daripada orang ramai amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan wanita warga emas ini.

"Sebarang maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau kaunter aduan Balai Polis Lebuh Pantai di talian 04-2641628," katanya.