Sila log masuk terlebih dahulu.

Bersedia hadapi kesesakan ke pantai timur sambut Aidiladha

Kesesakan dijangka di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena Aidiladha. - Foto Bernama
Kesesakan dijangka di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena Aidiladha. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Para pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang merancang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Pantai Timur disaran untuk bersiap sedia menempuh kesesakan dan tempoh perjalanan lebih panjang pada hari puncak dalam sekitar 8 hingga 12 Julai ini.

Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menjangka lebih 55,000 kenderaan akan menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

"Kekerapan rondaan oleh LPT2Ronda akan ditambah untuk memberi bantuan kepada kenderaan dan pengguna yang memerlukan bantuan di lebuh raya.

"Sepanjang tempoh Aidiladha ini juga, kira-kira 50 anggota LPT2Ronda akan meningkatkan rondaan, terutama di beberapa lokasi kritikal di LPT2 di laluan sepanjang 184 kilometer antara Jabor dan Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk perjalanan jarak jauh.
Artikel Berkaitan:


Zakaria berkata, jika pengguna memerlukan bantuan di LPT2, mereka boleh menghubungi talian hotline LPT2 dengan menelefon 1800-88-0220 dan maklumat trafik terkini juga disediakan melalui perkhidmatan Twitter LPT2trafik, serta papan tanda mesej elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya dan pengumuman trafik semasa melalui stesen-stesen radio utama. - Bernama