Sila log masuk terlebih dahulu.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan kira-kira 2.4 juta kenderaan itu berikutan orang ramai mengambil peluang bagi menyempurnakan ibadah korban dan pulang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang dari 8 hingga 11 Julai ini.

Namun beliau yakin para pengguna lebuh raya kini lebih cakna dengan persediaan yang diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat menjelang perayaan tersebut.

"Perayaan Aidiladha merupakan kali ke-3 rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

"Sungguhpun begitu, demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan

Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan”, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak adalah sebanyak 161,000 manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.

“Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Anih Berhad bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini, ialah penambahan petugas-petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua

fasiliti lebuh raya termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua hentian sebelah dan kawasan rehat," tambahnya.

Dalam pada itu, Anih Berhad tetap ingin mengingatkan pengguna untuk memandu dengan berhemah, memastikan keadaan kenderaan optimum, baki e-wallet, Touch n' Go dan SmartTag yang mencukupi di samping mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Untuk maklumat tepat dan terkini lebuhraya KLK dan LPT1, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-788-7752 dan LPT - Line di 1-700-818-700.