Jenazah Tok Mun selamat disemadikan

Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia pada jam 3.30 petang Ahad kerana sakit tua.
Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia pada jam 3.30 petang Ahad kerana sakit tua.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jenazah calon wanita tertua yang muncul dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun selamat disemadikan pada Isnin.

Jasad wanita berusia 103 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada jam 10.45 pagi selepas disolatkan di Masjid Kampung Atas Tol.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Tok Mun meninggal dunia di rumahnya Kampung Sungai Atas Tol, di sini pada jam 3.30 petang Ahad kerana sakit tua.

Nama Maimun sebelum ini dikenali kerana merupakan calon tertua yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU12.

Bagaimanapun, nenek kepada tujuh cucu itu hilang wang pertaruhan setelah meraih hanya 685 undi ketika menentang Mohamad Sabu (Pas) dan Allahyarham Datuk Razali Ismail (Barisan Nasional).

Tidak terhenti setakat itu, Maimun sekali lagi menjadi calon bebas di kerusi sama pada PRU13 ketika berusia 94 tahun, namun menerima nasib sama malah hasratnya untuk bertanding pada PRU14 tidak menjadi kenyataan kerana tidak mempunyai wang pertaruhan.

Artikel Berkaitan: