Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,536 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,776 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 29,793.

28,508 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 19 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,221 pesakit dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: