Manifesto PH akan ambil kira keperluan penduduk tempatan: Streram

Streram pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
Streram pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Manifesto PH bagi PRK DUN Rantau akan mengambil kira perkara yang menjadi keperluan bagi penduduk tempatan di kawasan itu.

Calon PH, Dr S Streram berkata, pelancaran manifesto itu akan dibuat sebaik selesai memilih tarikh dan tempat yang sesuai.

"Manifesto kita (PH) akan mempertimbangkan perkara yang biasa bagi penduduk DUN Rantau,"katanya ketika ditemui pada program tinjauan mesra di Rumah Rakyat 2, di sini, hari ini.

Terdahulu, S Streram ketika ditemui pada program Santai Media Bersama Penduduk Sendayan di Felda Sendayan, semalam, memberitahu manifesto akan diumumkan hari ini.

Katanya, manifesto itu secara dasarnya telah siap tetapi ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.

Sementara itu, ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap beliau selepas dua hari berkempen, katanya sambutan yang diterima sangat positif.

"Saya akan terus bertemu dengan pengundi-pengundi untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka tanpa mengira agama dan bangsa,"katanya.

Artikel Berkaitan: