Jumpa PM bincang isu pelantikan TPM, menteri dan timbalan

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

TANAH MERAH - Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) antara isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Muhyiddin berkata, selain itu perbincangan melibatkan lantikan baharu menteri dan timbalan menteri sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri.

"Kita (PN) tidak minta lebih daripada apa yang terkandung dalam perjanjian termasuklah lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah di sini pada Sabtu.

Muhyiddin (tiga dari kiri) menyerahkan watikah perlantikan sebagai Pengerusi PN Parlimen kepada wakil dari Rantau Panjang semasa merasmikan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah pada Sabtu.
Muhyiddin (tiga dari kiri) menyerahkan watikah perlantikan sebagai Pengerusi PN Parlimen kepada wakil dari Rantau Panjang semasa merasmikan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan kepimpinan parti.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian selepas mengulas kedudukan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sama ada sudah dibincangkan dengan Ismail Sabri.

Zuraida sebelum ini keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).