Cabaran Pearly-Thinaah terhenti di pusingan kedua

Pearly Tan (kiri) dan Thinaah.
Pearly Tan (kiri) dan Thinaah.
A
A
A

HASRAT beregu wanita utama negara, Pearly Tan- M Thinaah untuk mara ke suku akhir Terbuka Malaysia 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu pada pusingan kedua sebentar tadi.

Pasangan di ranking 10 dunia itu tewas 'straight set' 19-21, 15-21 dalam masa 42 minit di Arena Axiata Bukit Jalil.

Turut tersingkir gandingan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang tewas mengejut kepada wakil Korea Selatan, Kim Won-ho - Jeong Na-eun dalam pertarungan rubber set 10-21, 21-18, 21-17 yang berlangsung hampir satu jam.

Sebelum itu, satu lagi gandingan beregu campuran negara, Cheng Tanjie-Valeree Siow tewas kepada beregu nombor satu dunia Zheng Siwei-Huang Ya Qiong, 21-16, 21-10.