Eksesais tentera Malaysia, AS fokus bencana, bantuan kemanusiaan

Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki bersalaman dengan Komander Misi Pasific Partnership 2019 Kapten Randy Van Rossum USN pada perasmian Pembukaan Eksesais Pasific Partnership 2019 (Eks PP19) hari ini.
Eksesais tersebut di antara angkatan tentera Malaysia dan tentera Amerika Syarikat akan terlibat dalam projek kejuruteran awam bagi Projek Jiwa Murni Kejuruteraan (Engineering Civic Action Programme) dan Projek Murni Perubatan dan Pergigian (Medical/Dental Civic Action Programme).
Eks PP19 yang berkonsepkan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana turut meliputi aktiviti-aktiviti seperti Perhubungan Komuniti, Latihan Meja/ Lapangan Tempur HADR dan Perkongsian Kepakaran Berkenaan Subjek. Foto Bernama
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki bersalaman dengan Komander Misi Pasific Partnership 2019 Kapten Randy Van Rossum USN pada perasmian Pembukaan Eksesais Pasific Partnership 2019 (Eks PP19) hari ini. Eksesais tersebut di antara angkatan tentera Malaysia dan tentera Amerika Syarikat akan terlibat dalam projek kejuruteran awam bagi Projek Jiwa Murni Kejuruteraan (Engineering Civic Action Programme) dan Projek Murni Perubatan dan Pergigian (Medical/Dental Civic Action Programme). Eks PP19 yang berkonsepkan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana turut meliputi aktiviti-aktiviti seperti Perhubungan Komuniti, Latihan Meja/ Lapangan Tempur HADR dan Perkongsian Kepakaran Berkenaan Subjek. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Eksesais Kerjasama Pasifik 2019 antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat yang berlangsung selama dua minggu telah bermula di sini, semalam.

Panglima Angkatan Bersama ATM, Lt Jen Datuk Suhaimi Mohd Zuki yang menyempurnakan majlis perasmiannya di Pelabuhan Pending, di sini hari ini berkata, 150 pegawai dan anggota ATM terlibat dalam eksesais kali ini, yang kedua diadakan di Kuching dan kali keempat di Malaysia.

Beliau berkata sepanjang tempoh dua minggu eksesais, anggota-anggota terlibat akan melawat beberapa tempat bagi meninjau kerjasama dua hala antara ATM dan Tentera Amerika Syarikat, di samping menjayakan latihan diplomasi pertahanan, yang akan memberi fokus kepada kerjasama menghadapi kemungkinan bencana alam dan bantuan kemanusiaan.

Katanya sebahagian besar pegawai dan anggota yang terlibat eksesais pada kali ini adalah dari bahagian perubatan memandangkan tumpuan latihan adalah perancangan dalam menghadapi bencana dan bantuan kemanusiaan.

“Latihan bersama seperti ini sangat berguna kerana jika berlaku suatu kejadian bencana kita sudah ada perancangan dan cara bagaimana untuk menghadapainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Kapal USNS Fall River yang membawa lebih 100 pegawai dan anggota tentera Amerika Syarikat itu tiba di Pelabuhan Pending di sini dua hari lepas.

Turut hadir pada majlis perasmian hari ini ialah Timbalan Ketua Misi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Thompson Dean dan Komander Misi Kerjasama Pasifik 2019 (PP19) Kapt Randy Van Rossum.

Thompson dan Randy ketika ditemui masing-masing mengucapkan terima kasih kepada ATM kerana memberi kerjasama yang sangat baik kepada pihaknya di sini.

Artikel Berkaitan:

Thompson berkata eksesais itu bertujuan untuk membuat persediaan berhadapan dengan bencana, mengukuhkan kerjasama tentera kedua-dua negara dan orang awam, saling bertukar ilmu pengetahuan dan kepakaran serta memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan rantau di samping mengukuhkan persahabatan merentas rantau Indo-Pasifik.- Bernama