Warga Singapura maut, SAV terbabas langgar lopak air

Keadaan kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 setelah terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kejadian di kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu.

A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang warga Singapura maut selepas kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 yang dinaiki melanggar lopak air sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Clarrisa Neo Li Shan, 28, yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Redang, Terengganu kira-kira jam 1 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu rakan mangsa, Ng Shea Shin, 31, telah melanggar lopak air sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

Keadaan kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 setelah terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kejadian di kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu.
Keadaan kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 setelah terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kejadian di kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian keadaan hujan lebat, kenderaan dipandu rakan mangsa tiba-tiba melanggar lopak air lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar penghadang besi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Adli berkata, seorang lagi mangsa iaitu Coo Juo Sie, 30, yang merupakan penumpang belakang patah kaki kiri dan cedera tangan kanan manakala pemandu kenderaan dan seorang lagi penumpang bahagian belakang kenderaan iaitu Goh Yong Zhin, 28, tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.