Calon Bebas sebenarnya ahli Amanah?

Mohamad Taufek menyerahkan Sijil Keahlian Parti Amanah kepada Mohd Nor dalam satu majlis di Kampung Sega Hilir Rantau, pada 10 Mac lalu.
Mohamad Taufek menyerahkan Sijil Keahlian Parti Amanah kepada Mohd Nor dalam satu majlis di Kampung Sega Hilir Rantau, pada 10 Mac lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Calon Bebas, Mohd Nor Yassin,67, yang bertanding pada PRK Rantau ini sebenarnya ahli Parti Amanah kawasan Rembau.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Katanya, pada 10 Mac lalu, beliau sendiri yang menyerahkan sijil keahlian kepada Mohd Nor yang merupakan bekas ahli Pas dan calon Pas DUN Gemencheh pada PRU13 lalu.

"Dia (Mohd Nor) baru sahaja sebulan menjadi ahli Amanah, dan kita juga tidak sangka dia boleh mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK ini.

"Kita masih lagi menyiasat apa sebenarnya yang ingin dia lakukan, memandangkan dia ahli Amanah sepatutnya perlu berusaha dan memberi kerjasama untuk memenangkan calon PH, bukan sebaliknya.

"Tindakan yang dibuat itu melambangkan dia bukanlah seorang ahli yang ingin sama-sama mendokong perjungan parti, sebaliknya cuba melawan PH dan lebih buruk lagi cuba sabotaj Amanah pada PRK ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, perkara tersebut akan dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin parti di peringkat pusat, untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular gambar Mohd Nor semasa menerima sijil keahlian Parti Amanah, yang kemudiannya bertanding sebagai calon Bebas untuk PRK Rantau kali ini.

Artikel Berkaitan: