Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Ahli Parlimen Lahad Datu umum keluar Bersatu

Mohammadin mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar pada Selasa.
Mohammadin mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Selepas enam bulan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Din Ketapi sekali lagi mengumumkan keluar daripada parti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan.

"Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.

"Keputusan keluar daripada Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti itu yang mana sebelum ini saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama namun setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan yang diberikan, " katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu mendakwa bahawa telah diketepikan di mana jentera Bersatu di kawasan berkenaan menjalankan aktiviti tanpa pengetahuannya selain peruntukan untuk DUN Segama belum diterima.

Katanya lagi, pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah dilakukan sebelum menyertai Bersatu dan persetujuan telah diambil supaya rombakan jawatan di DUN Segama dilakukan supaya orang baharu dan lama diletakkan di bawah satu bumbung untuk berkerjasama.

"Sehingga hari ini semua hasil perbincangan tersebut tidak diambil tindakan malah tidak dipedulikan, demikian juga dengan peruntukan DUN sehingga ke hari ini peruntukan yang dijanjikan untuk kawasan DUN Segama tidak diberikan.

"Oleh itu, tidak ada gunanya saya dan sebilangan besar rakyat di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama menyokong Bersatu.

"Saya menjadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan. Mesra kerajaan bererti menyokong kepimpinan kerajaan Sabah dan juga kerajaan Perkutuan, " katanya.

Artikel Berkaitan:


Sebelum itu, beliau yang sebelum ini memenangi pilihan raya atas tiket Parti Warisan (Warisan) memaklumkan tidak bimbang dengan gelaran 'katak' berikutan tindakannya yang kerap keluar parti.

Mohammadin sebelum ini keluar daripada Warisan pada Oktober tahun lalu selepas mendakwa sukar untuk membangunkan kawasannya kerana berada di blok pembangkang.

Untuk rekod, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Warisan memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 atas tiket Warisan dan kerusi DUN Segama pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) pada 2020.