5 penghuni Pondok Penyayang Raudah dibenar keluar hospital

Pokok tumbang menghempap rumah penghuni Pondok Penyayang Raudah dalam kejadian ribut, kelmarin.
Pokok tumbang menghempap rumah penghuni Pondok Penyayang Raudah dalam kejadian ribut, kelmarin.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya tiga penghuni Pondok Penyayang Raudah masih dirawat di Hospital Orang Asli Gombak sementara lima yang lain sudah dibenarkan keluar wad.

Pemilik pondok berkenaan, Mohamad Bismi Adira Mokhtaruddin berkata, sebelum ini seramai sembilan penghuni pusat jagaan ini cedera dan lapan daripadanya dimasukkan ke hospital.

"Seramai lima orang yang berada dalam zon merah sudah keluar dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan beransur sembuh. Kini tinggal tiga penghuni lagi," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian kelmarin, Mohamad Bismi berada di hadapan pusat jagaan itu dan baru selesai makan bersama penghuni asnaf berkenaan.

"Masa sedang berehat bersama anak asnaf di situ, tiba-tiba angin bertiup kencang menyebabkan pokok berdekatan pusat jagaan tumbang. Itu kejadian pertama saya berdepan situasi cemas menyaksikan angin kencang yang begitu dahsyat sepanjang 35 tahun menetap di sini.

“Saya hanya ingat Allah dan menyerahkan segala-galanya kepada Dia dan paling penting adalah keselamatan penghuni asnaf," katanya.

Mohamad Bimis berkata, pusat jagaan asnaf itu mempunyai lapan kediaman yang diduduki 46 penghuni yang dibiayai Pusat Zakat Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Pokok hempap pusat jagaan, enam cedera

Hanya 5 saat, empat pokok tumbang

Bantuan segera disalurkan kepada mangsa

Lapan cedera pokok tumbang di Gombak

52 mangsa ribut ditempatkan di PPS