Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilaporkan

Peringatan dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk. - Gambar hiasan
Peringatan dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk. - Gambar hiasan
A
A
A

LABUAN - Labuan mencatatkan peningkatan 275 peratus kes denggi dengan 15 kes direkodkan sejak Januari hingga kini berbanding empat kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pulau bebas cukai itu juga merekodkan satu kes baharu malaria.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, memandangkan trend kes denggi semakin meningkat di kebanyakan kampung, aktiviti pemantauan rutin dan pengurangan sumber telah dipergiatkan.

Beliau berkata, peringatan telah dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk.

"Semua bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis komersial akan diperiksa untuk kemungkinan pembiakan nyamuk," katanya kepada Bernama pada Isnin sempena Hari Denggi ASEAN peringkat Labuan.

Dr Ismuni berkata, meningkatkan kesedaran dan menghapuskan tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit ini.

Program Gotong-Royong Perdana Mega 1.0 Perangi Aedes dilancarkan pada Ahad, dengan tumpuan di kawasan kampung yang berhampiran penempatan setinggan.

"Kampung berkenaan dikenal pasti mempunyai kes denggi, program ini perlu bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai peningkatan kes denggi di kawasan masing-masing," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: