Pertukaran tiga pegawai polis berkuatkuasa 29 April

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan tiga pertukaran pegawainya berkuatkuasa 29 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata tiga pegawai PDRM itu adalah Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, Timbalan Ketua Pasukan Khas Eastern Command Eastern Sabah Security Command (Esscom) Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Muhamad Abdul Halim dan ASP(D7B) Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim.

“Jawatan baharu Fadil adalah Ketua Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/ Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC manakala Muhamad akan menjadi Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ulu Kinta, Perak,” katanya dalam kenyataan itu.

Asmawati berkata, Zulkepli pula akan menyandang jawatan baharu sebagai Ketua Polis Pengkalan Hulu di Perak.- Bernama

Artikel Berkaitan: