Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor sasar 100 usahawan Halal Suri tahun ini

Mohd Zawawi (empat kiri) mengiringi Amirudin (tiga kanan) merasmikan inisiatif Halal Suri 2.0 pada Program Jelajah Selangor Penyayang siri ke-2 di Dataran Pantai Morib.
Mohd Zawawi (empat kiri) mengiringi Amirudin (tiga kanan) merasmikan inisiatif Halal Suri 2.0 pada Program Jelajah Selangor Penyayang siri ke-2 di Dataran Pantai Morib.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melancarkan inisiatif Halal Suri Darul Ehsan (Halal Suri) 2.0 dengan menyasarkan 100 usahawan Halal Suri pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, Halal Suri diteruskan setelah program perintis bermula tahun lalu itu berjaya.

Menurutnya, Halal Suri adalah satu usaha kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Industri Halal untuk meningkatkan ekonomi keluarga rakyat Selangor.

Dalam masa sama, beliau berkata, Halal Suri turut mempromosi pentingnya pengesahan dan pengiktirafan halal ke atas barangan yang digunakan pada setiap masa.

"Kerajaan negeri memperuntukkan geran sebanyak RM2,000 kepada setiap peserta manakala peserta hanya mengeluarkan RM1,000 setiap seorang sebagai modal awal untuk membeli barangan sejuk beku diiktiraf halal, untuk diniagakan di premis mereka.

"Setelah program perintis Halal Suri pertama pada 2021 berjaya, maka pada hari ini kerajaan Selangor melancarkan Halal Suri 2.0 dengan menyasarkan 100 usahawan Halal Suri pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari merasmikan Insiatif Halal Suri 2.0 pada Program Jelajah Selangor Penyayang siri ke-2 di Dataran Pantai Morib.

Disember tahun lalu, seramai 56 peserta berusia antara 18 hingga 60 tahun dipilih menyertai Halal Suri 1.0 dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).

Artikel Berkaitan: