Sila log masuk terlebih dahulu.

Cacar monyet bukan kecemasan kesihatan buat masa ini: WHO

Cacar monyet dikesan di 47 buah negara dan wilayah setakat Mei lalu. - Foto AFP
Cacar monyet dikesan di 47 buah negara dan wilayah setakat Mei lalu. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Sabtu bahawa wabak cacar monyet bukanlah kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa buat masa ini.

"Jawatankuasa kecemasan berkongsi kebimbangan serius tentang skala dan kelajuan wabak (cacar monyet) semasa.

"Secara keseluruhannya, dalam laporan itu, mereka menasihatkan saya bahawa pada masa ini (ia) bukan kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa yang merupakan tahap amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan WHO," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Tedros berkata, wabak itu jelas merupakan ancaman kesihatan yang berkembang yang memerlukan tindakan segera untuk menghentikan penyebaran selanjutnya, menggunakan pengawasan, pengesanan kontak, pengasingan dan penjagaan pesakit dan memastikan vaksin dan rawatan tersedia untuk populasi berisiko.

Lebih daripada 4,000 kes cacar monyet telah dilaporkan secara global di 47 buah negara dan wilayah sejak awal Mei lalu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS).

AS sahaja telah merekodkan lebih 200 kes di 25 negeri dan Washington D C setakat Jumaat lepas. - Agensi

Artikel Berkaitan: