Sarawak United bangkit jinakkan Melaka United

Pemain Melaka United FC Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (kanan) mengelak asakan pemain Sarawak United FC Abdul Rahman Iswawi semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, hari ini.
Melaka United FC mendahului Sarawak United FC dengan keputusan 2-1 pada separuh masa pertama.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemain Melaka United FC Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (kanan) mengelak asakan pemain Sarawak United FC Abdul Rahman Iswawi semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, hari ini. Melaka United FC mendahului Sarawak United FC dengan keputusan 2-1 pada separuh masa pertama. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

SARAWAK United memadamkan memori pahit dibelasah 0-7 Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Petaling Jaya pada 19 Jun lalu dengan menjadikan Melaka United mangsa kebangkitan kelab Kepulauan Borneo tersebut.

Beraksi di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, The Golden Hornbill kendalian S Balachandran terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan kapten skuad Hang Tuah, Sony Norde pada minit ke-18 menewaskan Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Belum sempat anak buah Mohd Asri Ninggal kembali menyusun rentak, Gonzolo Soto kembali menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-23.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila Syazwan Andik kembali meletakkan tuan rumah mendahului melalui jaringan gol pada minit ke-34 dengan kedudukan 2-1 babak pertama.

Bersambung babak kedua, The Golden Hornbill yang memperkemaskan permainan kembali lebih agresif memburu gol penyamaan apabila berjaya menyamakan kedudukan Francis Kone pada minit ke-60.

Gol penyamaan itu ternyata meningkatkan semangat para pemain Sarawak United untuk membawa tiga mata yang diterjemahkan sekali lagi menerusi jaringan Kone pada minit ke-92.