Bukan masalah besar nak menang tapi kena waspada

Calon BN, Datuk Sri Mohamad Hasan bersalaman bersama penyokong setelah proses penamaan calon bagi PRK DUN Rantau. - Foto Adam Amir Hamzah
Calon BN, Datuk Sri Mohamad Hasan bersalaman bersama penyokong setelah proses penamaan calon bagi PRK DUN Rantau. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka tidak berdepan dengan masalah besar untuk menang PRK DUN Rantau kali ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia bersandarkan 'status' Mohamad atau lebih dikenali dengan Tok Mat yang begitu digemari penduduk di DUN berkenaan.

"Hasil lawatan saya ke DUN Rantau ini mendapati beliau begitu digemari orang tempatan.

"Jadi (untuk PRK) bukan masalah besar, tetapi kita kena waspada kerana kita (BN) terpaksa berdepan dengan kerajaan negeri dan pusat yang ditadbir PH," katanya ketika ditemui sebaik selesai proses penamaan calon di SJK (C) Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.

Jelas Ka Siong lagi, MCA juga akan menggembeleng seluruh tenaga untuk membantu jentera BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Mohamad.

"Untuk PRK Rantau kali ini, kita (MCA) akan membantu sebaiknya dan kita akan memperhebatkan kempen bertemu rakyat.

"Kita melihat program-program berbentuk sentuhan rakyat lebih digemari penduduk berbanding program besar tetapi tidak sampai kepada rakyat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR

Artikel Berkaitan:

Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini

Empat penjuru di DUN Rantau