12 buah buah rumah kongsi terbakar

Api yang sedang marak memusnahkan 12 buah rumah kongsi.
Api yang sedang marak memusnahkan 12 buah rumah kongsi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 12 buah rumah kongsi yang terletak bersebelahan Taman Laguna Merbok di sini, hangus terbakar, semalam.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Aslan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.40 malam.

"Sejurus tiba di lokasi kita dapati terdapat 12 buah rumah kongsi sedang terbakar. Kesemua rumah itu terbakar berikutan jaraknya yang berdekatan antara satu sama lain.

"Operasi memadamkan api turut dibantu oleh anggota bomba sukarela Sungai Petani; Merbok; Kuala Ketil; Semeling dan Bakar Arang," katanya.

Artikel Berkaitan: