X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Senat AS lulus rang undang-undang kawalan senjata dwipartisan

Orang ramai melintasi Jambatan Brooklyn ketika menghadiri 'March for Our Lives' salah satu siri bantahan di seluruh negara terhadap keganasan senjata api di New York pada 1 Jun lalu. Foto Reuters
A
A

WASHINGTON - Senat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan rang undang-undang dwipartisan bagi mengenakan langkah kawalan senjata api baharu termasuk mengetatkan pemeriksaan latar belakang individu, lapor Sputnik.

Akta Komuniti Selamat Dwipartisan diluluskan Senat dengan 65 menyokong 33 menentang, membolehkan ia dibawa kepada Kongres untuk dibahaskan.

Penggubalan undang-undang itu sebagai respon kepada beberapa kejadian tembakan besar-besaran berprofil tinggi baru-baru ini di AS, termasuk tragedi di sebuah sekolah rendah di Texas yang mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua guru, serta kejadian tembakan di pasar raya di Buffalo yang meragut 10 nyawa.

Undang-undang itu akan mensyaratkan pemeriksaan latar belakang bagi pembeli senjata api di bawah umur 21 tahun, menyekat pemilikan senjata api dalam kalangan mereka yang disabitkan bersalah atas kesalahan mendera, menyediakan pembiayaan untuk negeri-negeri melaksanakan undang-undang dikenali "bendera merah" serta meningkatkan peruntukan bagi perkhidmatan kesihatan mental.

Rang undang-undang itu juga mengarahkan pegawai persekutuan menubuhkan 'Federal Claeringhouse' mengenai Amalan Berasaskan Keselamatan Sekolah yang Terbukti Berkesan bagi mengenal pasti dan memberi cadangan kaedah meningkatkan keselamatan di sekolah untuk diguna pakai agensi pendidikan, penguatkuasa undang-undang, pengamal kesihatan dan orang awam. -- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!