X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Enam lelaki ditahan SPRM disyaki rasuah lulus ujian GDL

Lima daripada enam lelaki direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
A
A

SEREMBAN - Enam lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa agensi kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah bagi meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdagangan (GDL) di institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Kesemua suspek yang berusia antara 35 dan 65 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, pada Khamis.

Difahamkan empat suspek lain merupakan tenaga pengajar dan pengajar institusi memandu.

Empat daripada mereka direman lima hari, seorang suspek tiga hari (reman) manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM atas sebab faktor kesihatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Khairunnisa Kasa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Khas Reman di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah antara RM300 sehingga RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!