Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini

A
A

SEREMBAN - Proses penamaan calon bagi PRK DUN Rantau akan berlangsung pagi ini di Dewan SJK (C) Bandar Sri Sendayan, Siliau.

Selain BN dan PH, dijangkakan beberapa calon Bebas akan turut memberi saingan.

Berdasarkan pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak lapan kertas pencalonan telah dibeli setakat semalam.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya Dr S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac, manakala hari mengundi awal pada 9 April.

Sementara hari mengundi jatuh pada 13 April selepas tempoh kempen selama 14 hari.

Ada apa dengan Rantau? PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden...

Posted by sinar.tv on Friday, March 29, 2019


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia