X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Safee Sali menang Mazda CX-5

Safee Sali FOTO: IG supersafee_10
A
A

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu itulah yang boleh diibaratkan kepada pemain penyerang Kuala Lumpur (KL) City FC, Safee Sali apabila berjaya membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5.

Rezeki diraih bekas penyerang Harimau Malaya berusia 38 tahun tersebut selepas berjaya melakukan pukulan selubang atau 'hole-in-one' di Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Glenmarie Kelab Golf & Desa (GGCC) pada Ahad.

Pemain kelahiran Kajang itu turut memenangi set iron Mizuno JPX921 dan kredit makan dan minum bernilai RM2,000 daripada GGCC selepas mengungguli kategori Medal B kejohanan tersebut.

"Apabila anda percaya bahawa ALLAH SWT bersama anda, maka tidak kira siapa yang menentang anda, percayalah kepada kekuasaan ALLAH SWT," tulisnya di laman Instagramnya.

Untuk rekod, Safee melakukan pukulan selubang pada lubang ke-15 daripada jarak 155 meter menggunakan klub Miura 6-iron serta bola golf TaylorMade TP5x.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!