Sang Kenari sambar pemain kebangsaan Jordan

Mahmoud Al-Mardi. Foto KDA FC
Mahmoud Al-Mardi. Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya mendapatkan pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi untuk menguatkan pasukan bagi baki saingan Liga Malaysia musim 2022.

Pemain tengah berusia 28 tahun ini akan melaporkan diri bersama pasukan sejurus tiba dari Jordan dan menyertai Sang Kenari ke Denpasar, Bali esok bagi saingan Piala AFC 2022.

"Sebelum ini Mahmoud pernah beraksi bersama Al-Muharraq menjuarai Piala AFC 2021 di mana Mahmoud menjaringkan gol pembukaan perlawanan tersebut.

"Pemain berusia 28 tahun ini merupakan pemain kebangsaan Jordan sejak 2014 dan baru-baru ini turut membantu pasukan Jordan layak ke Piala Asia 2023," kata KDA FC di laman Facebook rasminya.

Menurutnya, penyokong boleh melihat aksi Mahmud bersama KDA FC seawal kejohanan Piala AFC 2022.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ini diundi dalam kumpulan G bersama Bali United, Kaya FC Iloilo dan Visakha.