[VIDEO] Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai pada hari ini kira-kira jam 11.55 pagi.
Sebelum ini, jenazah Allahyarhamah Adibah Noor telah tiba ke Masjid Al Ansar, Keramat pada jam 9 pagi tadi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.
Selain daripada ahli keluarganya, beberapa tokoh pemimpin dan rakan selebriti turut hadir di masjid tersebut bagi memberi penghormatan terakhir.
Antaranya adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir; pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac; pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki; Pelakon, Syarifah Amani; Pelakon, Remy Ishak dan ramai lagi.
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang akibat kanser ovari tahap empat pada Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor dibawa pulang ke rumah bapanya di Keramat Permai selepas segala urusan di hospital selesai.
Menurut sumber rapat, arwah sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
Remaja nyaris lemas ketika mandi di Pantai Bukit Keluang
Mayat warga emas ditemui dengan kesan gigitan binatang buas
Pertembungan seimbang di DUN Sungai Bakap
Terengganu kekalkan kecemerlangan SPM, 464 calon peroleh semua A
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri
SPM 2023: Negeri Sembilan catat GPN 4.33