Brokoli bagus untuk bayi

No Image Caption
A
A
A

BILA sebut brokoli pasti ramai terbayangkan kubis kerana bentuk dan warnanya yang seakan-akan sama. Bezanya hanya pada bentuk dan saiz. Tahukah anda bahawa sayuran hijau tanpa lemak itu mempunyai kandungan rendah sodium, kalori, vitamin C, potasium, B6 dan tinggi serat serta vitamin A yang sangat baik untuk tubuh kita. Bukan sahaja untuk dewasa, ia juga banyak manfaat untuk kesihatan bayi. Boleh dijadikan makanan tambahan seperti distim, dilenyek atau disajikan dengan sup.

1) Meningkatkan kecerdasan otak

Vitamin B kompleks yang terkandung dalam brokoli dapat membantu perkembangan otak bayo agar lebih cerdas.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh si kecil. Selain itu, kandungan fitokimia dan fitonutrien pada brokoli berperanan penting dalam mengeluarkan racun dan zat berbahaya dari dalam tubuh.

3) Menjaga kesihatan tulang

Kandungan vitamin K dan kalsium pada brokoli berguna untuk menjaga kesihatan tulang anak. Sayuran yang satu ini sangat bagus untuk si kecil yang sedang dalam masa pertumbuhan untuk proses pembentukan dan pemadatan tulang.

Artikel Berkaitan:

4) Mencegah alergi

Brokoli baik untuk mencegah alergi. Hal ini kerana brokoli mengandungi anti-imflamasi yang berperan penting dalam mengurangkan alergi pada anak. Bahkan anti-imflamasi pada brokoli sangat berguna untuk mencegah terjadinya kerosakan pada pembuluh darah.

5) Menjaga kesihatan sistem pencernaan

Salah satu khasiat brokoli untuk bayi iaitu untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan. Hal ini kerana brokoli mengandungi serat yang cukup tinggi. Dengan mengambil brokoli secara kerap teratur maka sangat berguna untuk mencegah susah buang air besar atau sembelit pada bayi.