'Polis juga bantu sayangi haiwan'

Muhamad Zaki (kanan) melihat kucing yang dipertandingkan dalam Kelantan Superstar Fun Cat Show pada Sabtu.
Muhamad Zaki (kanan) melihat kucing yang dipertandingkan dalam Kelantan Superstar Fun Cat Show pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menganjurkan Kelantan Superstar Fun Cat Show antara usaha terbaik memupuk kasih sayang terhadap haiwan.

Pemangku Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, usaha itu diyakini dapat menyemai kasih sayang dalam masyarakat.

"Polis juga mahu memupuk masyarakat mencintai haiwan kerana kita yakin ia dapat menyemai kasih sayang dalam keluarga dan komuniti," katanya selepas menghadiri program berkenaan pada Sabtu.

Muhamad Zaki melihat kucing yang dipertandingkan dalam Kelantan Superstar Fun Cat Show pada Sabtu.
Muhamad Zaki melihat kucing yang dipertandingkan dalam Kelantan Superstar Fun Cat Show pada Sabtu.

Muhamad Zaki turut memberitahu, polis bersedia membantu jika ada agensi yang menganjurkan program membantu menyelamatkan haiwan terbiar seperti kucing.

Bagaimanapun, beliau turut berharap ibu bapa memainkan peranan penting memberi maklumat berkaitan haiwan kepada anak-anak bagi mengelakkan penganiayaan.

Kelantan Superstar Fun Cat Show disertai 70 peserta dari seluruh negara membabitkan 110 ekor kucing pelbagai kategori.

Sementara itu, seorang peserta, Muhammad Izzat Syazwan Zahidi, 31, sanggup membawa tiga kucingnya untuk menyertai pertandingan berkenaan kerana minat terhadap haiwan itu.

Katanya, kemenangan bukan keutamaan kerana paling utama ialah berkongsi pengetahuan mengenai haiwan kesayangan ramai itu bersama rakan-rakan lain.