Padah tunggang melulu, berbahaya

Operasi bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi. (Operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth(Borr) semalam.)
Operasi bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi. (Operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth(Borr) semalam.)
A
A
A
BUTTERWORTH - Padah menunggang secara melulu dan berbahaya, dua pemuda dicekup polis dalam operasi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) semalam.

Kedua individu ini berusia lingkungan 19 tahun ditahan dalam operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata operasi bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi.

"Mereka ditahan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua mereka turut negatif dadah," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga menitikberatkan pengawasan anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini kerana perbuatan ini akan menjejaskan masa depan anak muda.

"Tindakan tegas dan proaktif oleh pihak polis akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti seumpama ini," katanya.

Menurutnya, kerjasama orang ramai amat penting dalam membanteras kegiatan ini.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kegiatan tidak sihat atau maklumat mengenai jenayah bolehlah disalurkan kepada pihak trafik atau mana-mana balai yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: