HONOR X9 dan X8 miliki kualiti premium pada harga mesra poket

No Image Caption
A
A
A

Jenama telefon pintar terkemuka negara, HONOR kekal optimis menghasilkan telefon pintar yang memenuhi aspek dan keperluan digital kini. Syarikat yang diyakini dalam penghasilan telefon pintar itu akan memastikan setiap keluaran telefonnya berteknologi tinggi sekaligus memberi impak maksima kepada pelanggan.

Antaranya ialah dengan memastikan semua peranti HONOR termasuk HONOR X9, HONOR X8 dan HONOR X7 telah dilengkapi Google Mobile Services (GMS) dimana pengguna dapat mengakses sejumlah aplikasi tanpa masalah, selain turut sama memuat-turun aplikasi menerusi Google Play Store.

Bukan itu sahaja, sebilangan besar ciri tambahan yang ditawarkan oleh Google seperti salinan pendua data, gambar dan sebagainya turut boleh diakses.

HONOR X9 5G dan HONOR X8 memiliki tubuh yang cukup tahan lasak, di samping kemasan fizikal yang baik dengan kelas premium. Dengan slogan "Lagi Tahan Lagi Best", pihak HONOR juga begitu yakin dengan produknya dan mereka membuktikannya sendiri.

Ujian ketahanan telah dilakukan dengan menjatuhkan HONOR X9 5G bersama sebuah pasu seramik putih. Hasil ujian tersebut, telefon pintar masih dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan yang melampau.

No Image Caption

Pada masa sama, telefon-telefon pintar ini turut menjalani pelbagai ujian kualiti lain bagi memastikan ia selamat digunakan. Ini termasuklah perubahan suhu secara tiba-tiba, ujian lenturan dan sebagainya.

Masalah pertama yang bakal berlaku sudah tentulah kerosakan atau retak sekiranya terduduk di atasnya. Tetapi, ia tidak berlaku pada HONOR X9 5G dan HONOR X8 kerana kedua-duanya cukup tahan lasak.

Pengecasan pantas HONOR 66W menjimatkan masa menunggu

Kita mesti pernah lalui dimana setiap kali bangun pagi, telefon telah kehabisan bateri disebabkan terlupa cas telefon sebelum tidur. Dengan HONOR X9 5G yang menggunakan pengecasan pantas HONOR 66W, ia boleh dicas semula dengan pantas, membolehkan pengguna mengecas sehingga 81 peratus dalam masa setengah jam. Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu untuk menunggu tempoh yang lama untuk cas bateri.

Skrin besar dan pengalaman tontonan yang bertaraf mercu

No Image Caption

Sebagai pengguna bijak, kita mesti mahukan harga murah tapi barang berkualiti tinggi. Kini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan telefon pintar dengan skrin yang besar. Sebabnya dengan HONOR X9 5G dan HONOR X8, bezel senipis 1.05mm dan kadar segar semula 120Hz, anda boleh merasai pengalaman tontonan yang meriah. Apa yang penting, harganya cukup mesra poket.

Kamera Kuad 64MP hasilkan fotografi yang memuaskan hati

HONOR X9 dan HONOR X8 juga mampu memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa dengan kamera kuad 64MP. Ini bersesuaian buat anda yang gemar menangkap atau merakam kandungan menarik untuk dijadikan perkongsian di media sosial.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan mod malam terbina yang semestinya mampu membuatkan gambar kelihatan cantik dan terang. Sementara itu, kamera ultra-lebarnya juga sangat berguna untuk tangkapan gambar landskap seperti pemandangan, foto berkumpulan dan sebagainya.

No Image Caption

HONOR RAM Turbo dan memori RAM 10GB

Lebih menarik HONOR X9 5G dan HONOR X8 juga mempunyai teknologi HONOR RAM Turbo. Dengan teknologi ini, anda boleh memanfaatkan penyimpanan daripada storan dengan memperluaskan memori RAM mencapai 10GB.

Ini sekaligus menyelesaikan masalah prestasi telefon pintar yang perlahan akibat kekurangan penyimpanan yang disebabkan oleh memori yang terhad. Dalam penggunaan harian, sebanyak 20 aplikasi dibuka secara serentak berbanding sejumlah pesaing setara yang hanya terhad pada sejumlah aplikasi.

No Image Caption

Selain daripada HONOR X9 5G dan HONOR X8, Siri HONOR X juga ada pilihan seperti HONOR X7 yang dijual pada harga RM699, dilengkapi dengan hayat bateri 5,000mAh yang cukup untuk kegunaan seharian, di samping kamera pelbagai guna bersama sensor utama 48MP.

Berita baik untuk yang berminat membeli telefon Siri X HONOR, beli promosi masa terhad menerusi stor HONOR terpilih, dapatkan hadiah misteri bernilai sehingga RM318 dan lanjutan waranti 1 tahun.

No Image Caption

Menarik bukan? Pastinya kelengkapan teknologi digital HONOR membuat anda semua jatuh hati dan ingin memilikinya. Cepat dapatkan telefon pintar HONOR anda hari ini https://bit.ly/HONORXSinarHarian