Southgate mahu terus kemudi England di Piala Dunia 2022

Southgate
Southgate
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate menegaskan dirinya masih lagi individu yang terbaik bagi mengemudi skuad Three Lions pada Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Menurut Southgate aksi, yang ditampilkan England pada saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) tidak boleh dijadikan kayu ukur memandangkan pasukannya yang bertanding di kejohanan itu belum lagi lengkap dengan ketiadaan beberapa pemain utama.

Malah, beliau turut mengakui sudah mengenalpasti kelemahan pasukannya pada kejohanan sambil memberi jaminan kesilapan yang dilakukan England tidak akan berulang ketika bertanding di Piala Dunia.

“Saya amat jelas kenapa kami mendapat keputusan itu. Ini kerana pasukan yang bertanding pada kejohanan ini bukanlah pasukan yang penuh dan terkuat yang pernah kami ada.

“Jika dilihat sekiranya kami ada pasukan yang penuh, sudah tentu keputusan positif mampu diraih.Saya ada bukti keputusan yang kami dapat dan persembahan kali lakukan jika memilikinya,”katanya.

Sebelum ini nasib kredibiliti Southgate untuk terus mengemudi England pada Piala Dunia hujung tahun ini dipertikai, selepas kalah 4-0 di tangan Hungary sekaligus menyebabkan England berada di tempat terbawah kumpulan UNL.

Malah pada aksi tersebut terdapat segelintir penyokong yang hadir pada di Stadium Molineux memintanya supaya mengundur diri daripada mengendalikan England.

Untuk rekod, Skuad Three Lions hanya ada dua perlawanan sebelum bermula Piala Dunia di laman lawan berdepan Itali selain bakal bertemu Jerman pada September.