Palestin cerahkan peluang Malaysia layak ke Piala Asia 2023

Pemain-pemain Palestin meraikan kejayaaan membelasah Filipina pada aksi terakhir kumpulan B kelayakan Piala Asia 2023 di Mongolia.
Pemain-pemain Palestin meraikan kejayaaan membelasah Filipina pada aksi terakhir kumpulan B kelayakan Piala Asia 2023 di Mongolia.
A
A
A
HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk menamatkan kemarau 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia tahun depan dilihat semakin cerah selepas pesaing terdekat daripada Kumpulan B iaitu Filipina tewas 4-0 kepada Palestin untuk mengumpul empat mata.

Keputusan tersebut menyaksikan anak buah Kim Pan-gon hanya memerlukan kemenangan pada perlawanan akhir menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Jika menang dalam aksi terakhir Kumpulan E itu, Malaysia akan meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik.

Malah, keputusan seri juga dilihat memadai buat kem negara apabila memungut empat mata namun dibezakan jumlah jaringan yang lebih berbanding Filipina.