Surau Al-Hasannah perlu dana RM70,000

Surau Al-Hasannah di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu memerlukan dana naik taraf dan baik pulih dianggarkan sebanyak RM70,000.
Surau Al-Hasannah di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu memerlukan dana naik taraf dan baik pulih dianggarkan sebanyak RM70,000.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan Surau Al-Hasannah di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, di sini, yang usang mengundang kejadian jenayah curi berlaku.

Bendahari Surau Al-Hasannah, Rosdizan Ibrahim berkata, surau tersebut sudah berusia 47 tahun sejak pembinaannya di atas tanah wakaf persendirian pada tahun 1975.

Menurutnya, keadaan surau yang mengalami banyak kerosakan itu turut mengundang ketidakselesaan dalam kalangan jemaah yang datang untuk menunaikan solat.

“Malah surau ini kerap kali menjadi sasaran pencuri kerana keadaan pagarnya yang sudah lama. Jadi jemaah di sini terpaksa mengambil inisiatif memasang kawad besi dan memasang jeriji pada pintu serta tingkap surau berkenaan untuk mengatasi permasalahan itu.

“Selain itu, pihak surau juga tidak mempunyai cukup dana termasuk kos yang dianggarkan sebanyak RM70,000 diperlukan bagi membaik pulih semua kerosakan dan kelengkapan lama di surau berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Rosdizan berkata, selain penduduk tempatan surau yang terletak di tepi jalan ini turut digunakan orang ramai yang untuk menunaikan solat dengan kapasiti 120 jemaah pada satu-satu masa.

“Justeru kami amat mengharapkan sumbangan derma daripada orang ramai untuk membaik pulih keadaan surau yang usang ini. Orang ramai yang ingin menderma boleh salurkan ke ke akaun Bank Islam Jawatan kuasa Surau Al-Hasanah Taman Seri Setia 03139010015879," katanya.

Ruangan solat antara yang perlu ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada 120 jemaah untuk menunaikan solat.