Sultan Johor terima kunjungan Amy Search

Sultan Ibrahim menerima kunjungan hormat Amy Search dan kumpulannya pada Isnin.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim menerima kunjungan hormat Amy Search dan kumpulannya pada Isnin.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud yang mana mereka merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Pada pertemuan itu Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album miliknya, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Pada 5 Jun lalu, Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam dengan jumlah keseluruhan 45 lagu itu 'full house' selepas semua tiket habis terjual.

Selain Amy, gabungan tiga lagi tonggak kumpulan prolifik itu iaitu Hillary Ang dan Man Kidal dan Nasir Daud yang turut menggamit memori penonton menelusuri masa kembali ke era silam.

Dianggarkan pada malam pertama Konsert Endemik Search berlangsung seramai 1,600 penonton hadir.