Nasib berbeza dua jagoan Eropah

Antara aksi menarik Sepanyol menentang Republik Czech dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium La Rosaleda, Malaga.
Antara aksi menarik Sepanyol menentang Republik Czech dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium La Rosaleda, Malaga.
A
A
A

SEPANYOL memenangi perlawanan Liga Negara-Negara Eropah kedua berturut-turut selepas menewaskan Republik Czech, 2-0 di Stadium La Rosaleda, Malaga.

Dua gol setiap babak daripada Carlos Soler (24') diikuti jaringan pemain gantian, Pablo Sarabia (75') membolehkan anak buah Luis Enrique memimpin kumpulan dengan lapan mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Sepanyol terdahulu mendahului di Malaga apabila hantaran Marco Asensio di sempurnakan Soler memimpin babak pertama.

Pada babak kedua, Sarabia menambah gol kedua pelawat sekali gus mengimbau kembali keputusan seri 2-2 di Prague minggu lalu.

Tiga mata berharga itu juga disumbang hasil kecemerlangan penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon menafikan deretan percubaan anak buah kendalian Jaroslav Šilhavý.

Dalam pada itu, Soler berharap tampil lebih cemerlang bersama La Roja pada aksi antarabangsa seterusnya dan Piala Dunia Qatar 2022 pada November ini.

"Tetapi sekarang saya hanya berfikir untuk bercuti selepas mengharungi kepadatan jadual perlawanan. Ia adalah musim yang sangat sukar, yang bermula dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Saya telah membuat banyak impian menjadi kenyataan, tetapi saya berharap untuk membuat lebih banyak lagi menjadi kenyataan, " ujarnya.

Sementara itu, seteru terdekat Portugal pula mengekori rapat dengan tujuh mata selepas tewas 0-1 kepada Switzerland di Stade de Genève, Lancy.

Tonggak Benfica, Haris Seferovic muncul wira Switzerland apabila meledak gol selepas 57 saat bermula permainan selepas Haris menyudahkan hantaran Silvan Widmer tanpa kelibat Cristiano Ronaldo.

"Sejujurnya kami tidak boleh melepaskan gol selepas 30 saat permainan yang merupakan kesilapan kami dalam perlawanan ini.

"Kami juga tidak mempunyai keagresifan. Kami lebih suka untuk kekal di puncak kumpulan, tetapi saya selalu mengatakan bahawa perlawanan penentuan adalah menentang Sepanyol," kata pengendali Portugal, Fernando Santos.