Sanusi perlu minta maaf pada UMNO, BN

Mohd Zaidy
Mohd Zaidy
A
A
A

SEREMBAN - Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemudanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tuduhan Muhammad Sanusi mengatakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal bagi mengelakkan sesetengah individu daripada dipenjara adalah tuduhan berniat jahat dan melampau.

"Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN.

"Bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional, eloklah jika beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.