George Bush Sr disemadi di Texas

Keranda mendiang George Bush Sr tiba di Houston, Texas dengan gerabak khas.Turut kelihatan penduduk sekitar hadir memberi penghormatan. - Foto AFP
Keranda mendiang George Bush Sr tiba di Houston, Texas dengan gerabak khas.Turut kelihatan penduduk sekitar hadir memberi penghormatan. - Foto AFP
A
A
A

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT . Mendiang Presiden ke-41 Amerika Syarikat (AS), George HW Bush disemadikan di Texas semalam, selepas majlis penghormatan negara di Washington.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat George Bush Sr dibawa ke Washington]

Majlis penghormatan di National Cathedral di Washington itu dihadiri Presiden AS Donald Trump, Wanita Pertama, Melania Trump dan juga empat bekas presiden AS termasuk Barack Obama dan isteri Michele, Bill Clinton dan isterinya yang juga pencabar Trump ketika pilihan raya presiden 2016, Hillary Clinton, Jimmy Carter dan anaknya serta anak mendiang George Bush Sr, George W Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43.



Ahli keluarga mengiringi keranda mendiang George Bush Sr yang diusung pengawal kehormat tentera di College Station, Texas. - Foto AFP

[ARTIKEL BERKAITAN: Detik Trump bertemu empat bekas presiden AS]

Mayat mendiang kemudian ditempatkan di Gereja Episcopal St Martin di Houston, sebelum dibawa ke Perpustakaan dan Muzium Presiden George Bush, di College Station, Texas untuk disemadikan di sisi mendiang isterinya, Barbara dan anak perempuannya, Robin.

Barbara meninggal dunia pada April lalu, manakala Robin meninggal dunia ketika berusia tiga tahun akibat leukemia.

Terdahulu, mayat mendiang Bush Sr yang meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 94 tahun, tiba di stesen kereta api dengan gerabak khas.



Keranda mendiang George Bush Sr tiba di College Station, Texas dengan gerabak khas. - Foto AFP

[ARTIKEL BERKAITAN: George Bush Sr meninggal pada usia 94 tahun]

Artikel Berkaitan:

Keranda yang membawa mendiang Bush Sr turut diiringi pasukan pengawal kehormat tentera, dan satu skuadron pesawat tentera melakukan lintas udara, sekali gus mengakhiri upacara penghormatan yang berlangsung selama empat hari. - AFP/Reuters