Sila log masuk terlebih dahulu.

Jenazah Salahuddin disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat

24 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, akan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian, pagi ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Ketika ini, urusan menggali liang lahad telah pun siap dilaksanakan sementara menanti ketibaan jenazah yang berada di Masjid Jamek Dato’ Hj Nob Gadot, Serkat, bagi urusan solat jenazah dan akan dibawa ke tanah perkuburan sekitar 11 pagi untuk disemadikan.

Difahamkan, jenazah akan disemadikan berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar dan datuknya, Awang Abdul Hamid.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/269752/berita/nasional/jenazah-salahuddin-disemadikan-berhampiran-kubur-ayah-datuknya

Muzik: www.bensound.com