Mbappe selamatkan maruah Perancis di Vienna

Mbappe
Mbappe
A
A
A

GOL penyamaan lewat permainan daripada pemain gantian, Kylian Mbappe menyelamatkan maruah juara dunia Perancis ketika mengikat Austria 1-1 dalam perlawanan kumpulan A Liga Negara-Negara Eropah di Vienna.

Aksi di Stadium Ernst Happel, menyaksikan tuan rumah kendalian Ralf Rangnick terlebih dulu di depan hasil jaringan Andreas Weimann minit ke-37' untuk mendahului babak pertama.

Anak buah Didier Deschamps yang mendominasi penguasaan bola dan peluang, akhirnya menemui gol dicari tujuh minit sebelum tamat perlawanan menerusi pemain Mbappe yang menggantikan Antoine Griezmann pada minit 63', untuk kedudukan 1-1.

Keputusan itu menyaksikan Perancis kekal di kedudukan tercorot kumpulan dengan dua mata, satu mata di belakang Croatia ketiga selepas mengharungi tiga perlawanan.

Sementara itu, Mbappe mengakui para pemain Perancis gagal merealisasikan matlamat pasukan ketika bertandang ke Vienna.

“Ya, kami masih tidak menang dan tidak mengambil apa yang kami mahukan dalam perlawanan ini.

"Biarpun begitu kami akan berusaha untuk menang menentang Croatia. Sejujurnya anda tidak perlu risau (tentang tidak menjaringkan gol daripada peluang)...sebaliknya anda harus sentiasa berbangga.

"Saya bukan berada pada tahap 100 peratus tetapi jika jurulatih memerlukan, saya akan berada bersama pasukan," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan, pendahulu kumpulan Denmark mengalami kekalahan pertama apabila tewas kepada Croatia dalam aksi di Stadium Parken, Copenhagen.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mario Pasalicpada minit ke-69 menyaksikan Croatia pimpinan Zlatko Dalić kekal di kedudukan kedua, dua mata di belakang Denmark asuhan Kasper Hjulmand.