Bantuan segera disalurkan kepada mangsa

Hilman
Hilman
A
A
A

GOMBAK - Pakar psikologi akan dihantar ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Asli Batu 12 di sini bagi memberikan kaunseling kepada mangsa terlibat susulan ribut dan pokok tumbang di Pondok Penyayang Raudah dalam kejadian jam 5 petang semalam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, langkah itu diambil sebagai membantu mangsa yang dalam keadaan trauma melihat insiden bencana di hadapan mata.

"Ia termasuk kanak-kanak dan seorang ibu mengandung tujuh bulan antara mangsa dalam insiden itu," katanya yang meluangkan masa selama satu jam meninjau pusat pemindahan itu, malam tadi.

Turut hadir ADUN Gombak Setia, Hilman Idham diiringi Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Juhari Ahmad dan Jurutera Daerah Gombak, Ir Som Pong Pichan.

Hannah berkata, bantuan awal terdiri keperluan asas termasuk makanan dan kit bencana disalurkan kepada mangsa.

"Setakat ini sebanyak 13 keluarga telah mendaftarkan diri di pusat pemindahan dan jumlahnya dijangka bertambah menjelang esok.

"Bantuan lain akan disalurkan juga dari semasa ke semasa termasuk menilai kerosakan setiap rumah untuk pembaikan bagi meringankan keluarga mangsa terjejas," katanya.

Sementara itu, Hilman berkata, maklumat awal hasil perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersetuju menanggung kos baik pulih rumah mangsa sebagai tanda komitmen kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Kejadian ini adalah terburuk di Gombak apabila keadaan sungai mencapai paras luar jangkaan. Sebanyak tiga kawasan terjejas suslan hujan lebat dan ribut termasuk di Sungai Chinchin, Sungai Pusu dan Gombak Utara.

" Dijangka menteri besar akan melawat pusat pemindahan jam 9.30 pagi ini bagi melihat sendiri keperluan yang boleh disalurkan bagi membantu mangsa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 5 saat, empat pokok tumbang