Hanya 5 saat, empat pokok tumbang

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham meninjau pusat pemindahan sementara kira-kira jam 11.30 malam ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham meninjau pusat pemindahan sementara kira-kira jam 11.30 malam ini.
A
A
A

GOMBAK - Hanya lima saat empat pokok tumbang menghempap sebuah rumah dan mencederakan enam sekeluarga dalam kejadian ribut di Batu 11 di sini, petang tadi.

Mangsa, Muhamad Fuad Abdullah, 20 berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang itu, adiknya berusia 9 tahun terselamat kerana tidak berada di rumah sementara dia hanya cedera ringan di kepala.

Menurutnya, lima ahli keluarganya yang lain termasuk ibunya patah kaki kini mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Muhamad Fuad Abdullah cedera di kepala.
Muhamad Fuad Abdullah cedera di kepala.

"Kami sedang berkumpul di ruang tamu sebelum terdengar bunyi angin kuat dan pokok tumbang menghempap rumah kami. Saya juga cedera tapi sempat bangun dan menyelamatkan ahli keluarga dan mangsa-mangsa lain di kawasan berhampiran.

"Ayah cedera di bahu dan adik-beradik lain juga cedera di beberapa anggota badan. Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya sendiri masih terkejut kerana ini kejadian pertama kali berlaku sejak empat tahun tinggal di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, lima daripada lapan rumah terletak di Pondok Penyayang Raudah Batu 11 Jalan Lama Gombak itu terjejas dihempap pokok akibat hujan lebat dan angin kencang.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di pusat pemindahan sementara setakat jam 10 malam.
Keadaan di pusat pemindahan sementara setakat jam 10 malam.

"Setakat jam 6 petang mangsa yang cedera terdiri daripada tiga dewasa dan lima kanak-kanak. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Kawasan tersebut ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja pembersihan dan mangsa yang terlibat ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Asli Batu 12 Gombak," katanya.

Menurutnya, jumlah mangsa yang dipindahkan dan berdaftar dengan Pejabat Daerah Gombak di Pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Asli Batu 12 Gombak seramai 46 orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok hempap pusat jagaan, enam cedera