Raja Permaisuri berkenaan melawat taska

 Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (duduk tengah) berkenan bergambar bersama Menteri Perpaduan Negara, (duduk dua dari kiri), Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Rahim (duduk kiri) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai pada Khamis. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai di sini pada Khamis, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat adalah anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tunku Hajah Azizah dan anakanda meluangkan masa hampir satu jam untuk beramah mesra bersama kanak-kanak dan tenaga pengajar di taska berkenaan.

Pada tahun ini, 18 kanak-kanak berbilang kaum mendapat asuhan dan didikan daripada empat pendidik serta dua pembantu pendidik di Taska Genius Perpaduan Sri Rampai.

Tunku Hajah Azizah turut mengurniakan cek sumbangan RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diserahkan kepada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha KPN, Datuk Noridah Abdul Rahim.

Taska Genius Perpaduan diinspirasikan daripada program Permata Negara yang berfokuskan kepada asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun dengan menerapkan nilai-nilai murni serta hidup bermasyarakat.

Penubuhan Taska Genius Perpaduan bermula pada 2010 dengan 15 projek rintis program Permata Negara dan sehingga kini, sebanyak 41 Taska Genius beroperasi di seluruh negara melibatkan 917 kanak-kanak berumur dua tahun hingga empat tahun. -Bernama