Lelaki mengaku bersalah curi wang, rosakkan mesin ATM

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Machang pada Selasa atas dua pertuduhan iaitu cuba curi wang dan merosakkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank dekat Tanah Merah, bulan lalu.
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Machang pada Selasa atas dua pertuduhan iaitu cuba curi wang dan merosakkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank dekat Tanah Merah, bulan lalu.
A
A
A
MACHANG - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa atas dua pertuduhan iaitu cuba curi wang dan merosakkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank dekat Tanah Merah, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Fazlan Sha’ari, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Amal Razim Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Fazlan didakwa dengan niat melakukan cubaan mencuri wang di dalam sebuah mesin ATM milik seorang lelaki di sebuah bank di Tanah Merah dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu turut didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan sebuah mesin ATM di sebuah bank di Tanah Merah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Fairuz Rosly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk pertuduhan pertama, Muhammad Fazlan didakwa mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua, lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bank berkenaan jam 1.45 pagi pada 18 Mei lalu.

Mahkamah bagaimanapun, tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman pada 14 Jun ini.