Covid-19: 1,330 kes baharu, dua kematian

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 kini sebanyak 35,690 daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 kini sebanyak 35,690 daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. - Foto Bernama
A
A
A
SHAH ALAM - Sebanyak 1,330 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,516,319 kes setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow pada Selasa, empat daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kes import.

Portal itu turut melaporkan, sebanyak dua kematian direkodkan dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,690 orang daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Data tersebut turut melaporkan sebanyak 21,630 kes masih aktif dengan 95.5 peratus atau 20,659 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah, manakala 25 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 924 pesakit Covid-19 pula dirawat di hospital dengan 22 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini sebanyak 1,881 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,458,999.

Artikel Berkaitan: