Covid-19: 1,358 kes baharu, dua kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam Ahad.

Menurut portal CovidNow, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,688, daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Sementara itu, terdapat pertambahan 1,358 kes baharu direkodkan dengan kes aktif Covid-19 seluruh negara ketika ini adalah 22,183 kes.

Daripada jumlah itu, 21,232 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 904 pula dirawat di hospital dengan 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).