Diserbu polis ketika dilayan pekerja seks

Empat individu ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Taman Gembira, Kuala Lumpur pada Ahad.
Empat individu ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Taman Gembira, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang mahu mendapatkan khidmat urut dan layanan seks ditahan di sebuah premis di Taman Gembira di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur kira-kira jam 8.10 malam itu turut menahan tiga wanita warga Indonesia disyaki pelacur serta seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis.

"Polis juga merampas beberapa barang seperti telefon bimbit, tuala mandi, minyak urut dan wang tunai untuk tindakan lanjut.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki tempatan berada di dalam bilik premis berkenaan.

"Siasatan mendapati, pelanggan perlu membayar RM140 bagi satu sesi untuk mendapatkan khidmat layanan wanita asing terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, polis mendapati premis tidak berlesen itu dipasang jeriji bagi menyukarkan tindakan pihak berkuasa dan dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

"Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!