'Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai'

Muhammad Mohan, Mohamed Nazir.
Muhammad Mohan, Mohamed Nazir.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan untuk meniru dasar antirasuah seperti dilaksanakan di Hong Kong pada 1970-an untuk dikuatkuasakan di negara ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, idea oleh bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak itu tidak bersesuaian dengan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.

"Cadangan oleh Nazir Razak untuk memperkenalkan sistem antirasuah seperti di Hong Kong di mana perasuah diberi pengampunan. Kita kena faham sistem itu dibuat di Hong Kong pada tahun 70-an kerana rasuah, khasnya dalam kalangan anggota polis waktu itu satu endemik dan juga melibatkan gangsters.