Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran

Lelaki tanpa identiti ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai barangan lusuh di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) Padang Temu, di sini, awal pagi tadi.
Lelaki tanpa identiti ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai barangan lusuh di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) Padang Temu, di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai barangan lusuh di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) Padang Temu, di sini, awal pagi tadi.

Identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti dan mayatnya ditemui sebaik sahaja anggota bomba memadamkan kebakaran di bangunan berkeluasan 3,000 kaki persegi, susulan laporan yang diterima lebih kurang jam 12.17 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat mangsa ditemui rentung dalam keadaan tersandar pada dinding di sebuah bilik di bangunan tersebut.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu juga, sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati pasukan bomba telah berada di lokasi bagi kerja-kerja memadam kebakaran.

"Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan telah rentung di sebuah bilik bahagian belakang dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mayat seorang lelaki ditemui rentung di sebuah bilik dalam kejadian kebakaran itu.
Mayat seorang lelaki ditemui rentung di sebuah bilik dalam kejadian kebakaran itu.

"Bagaimanapun hasil pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang kesan jenayah dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu, Penguasa Bomba Samser Shariff berkata, dengan kekuatan seramai 23 anggota termasuk dari BBP Jalan Kubu dan Bukit Katil berjaya memadamkan sepenuhnya api kira-kira jam 1.42 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Setiba di tempat kejadian saya mendapati sebuah rumah kedai telah terbakar kira-kira 50 peratus manakala semua barangan lusuh telah musnah.

"Pasukan kami turut menjumpai seorang lelaki berusia lingkungan 50-an telah rentung dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis," katanya.