Karangkraf tawar diskaun sehingga 30 peratus di PBAKL

Karangkraf memberikan potongan harga sekitar lima hingga 30 peratus bagi setiap pembelian.
Karangkraf memberikan potongan harga sekitar lima hingga 30 peratus bagi setiap pembelian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Grup Buku Karangkraf menawarkan potongan sehingga 30 peratus di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-39 yang berlangsung pada Jumaat hingga 12 Jun ini.

Penolong Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziana Omar berkata, semua produk buku yang ditawarkan Karangkraf diberikan potongan harga sekitar lima hingga 30 peratus bagi setiap pembelian.

Roziana
Roziana

Menurutnya, ia merangkumi semua jenis buku termasuklah novel, buku kanak-kanak, resipi masakan, buku-buku islamik dan pelbagai naskhah al-Quran.

“Terkini kita ada tiga jenis buku islamik yang baru sahaja dilancarkan iaitu 30 Teknik Tepat Tadabbur al-Quran, Nota My #hadis Time dan Tuhan Sedang Menguji Kita, karya Datuk Mohd Kazim Elias.

“Ketiga-tiga buku ini hanya terdapat di PBAKL dan tidak ada lagi di mana-mana kedai buku yang lain. Orang ramai boleh dapatkan potongan harga bagi buku tersebut sehingga 15 peratus,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai Karangkraf di PBAKL, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

Gelagat orang ramai yang mengunjungi reruai Karangkraf di PBAKL, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Gelagat orang ramai yang mengunjungi reruai Karangkraf di PBAKL, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai tiga produk buku terbaharu itu, Editor Buku Karya Bestari, Mohd Hasrul Wahab berkata, buku berjudul 30 Teknik Tepat Tadabbur al-Quran mempunyai beberapa kelebihan di mana pembaca dapat memahami isi kandungan al-Quran dengan betul dan tepat, selain berpandukan disiplin ilmu dan para ulama.

Mohd Hasrul
Mohd Hasrul

“Kadang-kadang kalau kita baca al-Quran tanpa ada panduan, kita boleh salah faham. Jadi buku ini mengajar kita teknik mudah dan ada 15 teknik pemula serta 15 teknik pertengahan,” ujarnya.

Bagi buku berjudul ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ pula, Mohd Hasrul berkata, selepas tempoh 10 tahun, pihaknya menampilkan wajah baharu dengan beberapa tambahan bab.

“Ini termasuk kesakitan yang dialami Datuk Mohd Kazim Elias sekarang yang mana beliau berkongsi tentang penyakit yang dialaminya, malah petua dan doa yang boleh diamalkan untuk pelbagai situasi.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan potongan harga yang ditawarkan Karangkraf di PBAKL pada Jumaat.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan potongan harga yang ditawarkan Karangkraf di PBAKL pada Jumaat.

“Buku ketiga, Nota My #hadis Time. Ini berdasarkan rancangan di TV Alhijrah. Kelebihan buku ini ialah menggabungkan dua sumber utama di mana setiap halaman al-Quran kita akan pilih satu ayat dan kaitan dengan hadis berkaitan,” katanya.

Sementara itu, seorang guru, Napisah Umar, 42, berkata, ini merupakan kali pertama dia menyertai pesta buku terutama anjuran Karangkraf.

Napisah
Napisah

Katanya, kebanyakan buku yang ditawarkan sangat menarik, malah harganya murah dan berpatutan.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai kad ahli Karangkraf, mereka boleh mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap pembelian, manakala yang ada kad ahli pula, mereka boleh dapat potongan sehingga 15 peratus. Ini antara kelebihan kepada orang ramai untuk membeli buku pilihan masing-masing,” katanya.

Bagi Aliya Ariff, 24, pula, setiap tahun dia akan menyertai pesta buku yang dianjurkan mana-mana pihak berikutan gemar membaca buku, terutama novel karya Ramlee Awang Mursyid.

Aliya
Aliya

“Tambahan pula saya suka datang ke sini kerana boleh dapat harga lagi murah jika dibandingkan dengan harga pasaran luar.

"Kalau di sini saya boleh dapat separuh harga untuk satu buku,” ujar Aliya.

Turut senada, pelajar, Muhammad Ridwan Bakhtiar, 20, yang tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai mana-mana pesta buku yang dianjurkan setiap tahun.

Muhammad Ridwan
Muhammad Ridwan

“Saya juga kerap menyertai jualan promosi yang ditawarkan Karangkraf. Harga sangat murah, malah banyak buku pelbagai genre ditawarkan. Macam saya sendiri gemar membaca buku genre misteri atau cerita-cerita seram,” katanya.

PBAKL tahun ini masih lagi mengekalkan lokasi yang sama seperti tahun 2019 iaitu di WTCKL.

Pesta tersebut yang bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam menampilkan lebih daripada 100 pempamer yang terdiri daripada penerbit, pengedar dan kedai buku dari dalam dan luar negara.