Ahli Parlimen Sandakan meninggal dunia

Stephen Wong
Stephen Wong
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong, 65 meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini di Kota Kinabalu.

Berita kematian Wong dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Saya baru sahaja menerima berita sedih kematian ahli Parlimen Sandakan yang juga merupakan Pengerusi DAP Sabah pada pagi ini akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga tuhan memberi rahmat keberkatan kepada mereka untuk melalui masa yang sukar ini,” katanya.

Wong merupakan Pengerusi DAP Sabah dan merupakan Ahli Parlimen Sandakan selama dua penggal.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: